Ahad, 6 November 2011




Bila waktu telah berakhir segala yang terjadi mungkin menjadi hilang tanpa ada perasaan...saat tika aku berjumpa dengan adik kandung menjadikan aku sangat gembira kerana aku masih bergelar kakak lagi.Teringat kisah di hari pemergian adik kedua bongsu aku.Tika itu adik bersama aku di waktu tengah hari namun adik telah pergi buat selama-lamanya pada petang itu.sewaktu melihat sebujur badan yang kaku di lantai pada keesokan paginya memberi tamparan yang kuat pada diriku.Aku sudah tiada adik lagi...Kenapa adik pergi????...belum puas aku bersama adik tapi adik dah meninggalkan aku buat selama-lamanya....4 november 2011 8.30 malam di kampung ewa,Langkawi aku telah bertemu semula dengan adik bongsuku.Tidak aku sangka pertemuan itu ditakdirkan untuk aku.Mungkin itulah rahmat ketika saat aku berpisah dengan adik kedua bongsu dahulu dan kini bertemu pula dengan adik bongsu.aku bersyukur dengan kehadiran adik kandungku yang telah lama kami berpisah.Baru kini aku mendapat rahmat dengan pemergian adikku.Terima kasih ya Allah kerana telah mempertemukan aku dengan adik kandungku.Biarpun kami tak dapat bersama namun aku sangat gembira kerana telah bertemu semula dan melihat adik kandungku.Aku harap mak dan apak aku gembira dengan berita tentang pertemuan adik yang sudah lama kami cari.Syukur alhamdulillah.

Selasa, 25 Oktober 2011

Tasoh Resort,Perlis












































Program "Business Challenge" di Tasoh Resort selama 3 hari 2 malam....Menciptakan 1 kumpulan yang tidak dapat dilupakan iaitu kumpulan aku yang dinamakan "We are Entrepreneur" atau dikenali WAE.Macam-macam gelagat dari rakan-rakan yang mengikuti program ni...best sangat2.Program ni ada 3 fasa iaitu :

Fasa 1 : Bengkel membina piramid keusahawanan Tasoh lake Resort (20-22 sept 2011) Fasa 2 : Strategi pemasaran dalam perniagaan Tapak ekspo Konvo UUM (29 sept-7 okt 2011) Fasa 3 : Pembentangan laporan Dewan Makan CEDI (19 okt 2011)
Kemenangan untuk program ni belum diketahui lagi...tapi aku harap kumpulan kami dapat yang terbaik kerana ahli kumpulan semuanya sporting giler.....hihihi....rindu kat semua....:-)

Isnin, 20 Jun 2011

Tak sangka


Sehari slps aku menulis blog ni tak disangka2 nenek telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya....baru minggu lps aku brckp dgn nenek tp xsgka itu prjmpaan terakhir aku ngan nenek...teringat akan kisah manis ku bersama nenek...neneklah org yg paling baik bgku...teringat saat aku menangis nenek memujukku....Alhamdulillah pengebumian nenek berjalan dengan lancar....sempat juga aku cium nenek wat kali terakhir...rindu kat nenek...lia sayang nenek.....

Ahad, 29 Mei 2011

Kisah di LCCT n KLIA

Pagi2 lagi pukul 6.30 pg aku dan kwn2 otw ke airport alor star utk penerbangan ak ke Kuala Lumpur...setibanya di Alor Star ak trnmpk skmpln pljr UUM.Rupa-rupanya di antara mereka d c 2 adlh kwn aku yg brnama diyana..Aku jln brsm2 diyana utk mnggu pnrbngn kmi...stibanya di LCCT ak meminta diyana utk menemani aku utk mnmbh kg beg utk diltkkn d kargo.Smpai shj d kauntr airasia ak dan diyana cb utk mnmbh kg beg.Namun phk kauntr mmbrithu bhw pnrbgn aku ke Kucing sbnrnya adlah semalam iaitu 24 mei 2011 bukananya pd hari ni iaitu 25 mei 2011.Hatiku hancur berkecai dan ingin menjerit sekuat hati...namun ak cuba utk menahan segala kesakitan itu dengan menangis...diyana cuba memujukku dan mmbntuku dgn mmbri pndpt spy ak brtnya ke kaunter utk pnrbgn strsnya...Nmun pnrbgn airasia FULL utk 3 hri..ak trpksa mggunakan FireFly utk pnrbgn pd hr itu jg...Ak trpksa mmnta bapaku utk bank in duit krna duit dlm bank ak xckp utk mmbli tkt...Tiket aku trmsk hrga kargo semuanya brjmlh RM554.Hanya Allah saja tahu betapa sdhnya aku ktka itu...mengapa dugaan tidak henti2 menimpa diri aku...mgkn itu ada hikmah d sblknya...aku hanya mampu brsbr..mmg byk yg ingin ak ceritakan pd ms itu...hr itu ak meluahakan rs ktkuttan aku pd zila...ak btl2 takut ketika itu,....tak thu mhu mnta tlg siapa..nasib baiklh aku mnta tlg amat...Amatlah yg menemani aku ke KLIA utk kali prtama jejak ke KLIA...mmg agak takut jugak bl hndk ke sn sbb amat pun firts time pergi ke sana...Alhamadullilah semuanya selamt dan skrg aku sudah berada di rumah....Aku xsgka...saudara aku blh slh bookg tarikh tiket utk aku....Pengalaman ni mmg xdpt aku lupakan....smg kjdian ini x berulang lg....amin...

Rabu, 27 April 2011

Junior Consultant Competition(JCC)

















24 April 2011(ahad) malam yang penuh kenangan buat aku n zila kerana telah menjadi johan dalam JCC.Akhirnya tidak sia2 usha dan pengorbanan aku n zila selama ini...wlpn pernah jg trfikir nk tarik diri namun smgt utk mmbntu ushwn Malaysia menjdi pmbkr smgt kami...Wlpn penat dan byk masa yg perlu kami korbankan dalam prgrm JCC ini namun hasilnya amat berbaloi krana mndpt johan.Masa untuk mmproleh kemenangn ini untuk mmbntu ushwn mgmbl masa sebulan lebih...byk kerja yg hrus kmi lakukan dlm ms tersebut...Dan sekarg pingat johan JCC menjadi milik kami...syukur alhamdulillah...malah pakej percutian ke Legend Hotel di Cherating menjadi milik kami untuk percutian selama 3 hari 2 mlm.... masa pengumuman pemenang mmg mengejutkn kami...spjg menjalani prgrm ini byk pengalamn n ilmu yg bru aku dpt...mgkn pgrm ini hrs djlnkn lg suatu hr nnti...mmg best tau....rugi sape2 yg xjoint...mncbr minda kita....hmm....oklah...itu shja yg dpt sku kgsi kt blog ni....

Jumaat, 22 April 2011


Syukur alhamdulillah kerana pembentangan aku n zila berjaya masuk ke final....walaupun byk halangn yang terpaksa kami tempuhi namun kami berasa gembira dan berpuas hati kerana pembentangan kami pada malam 20 april merupakan pembentangan markah yang paling tinggi....terima kasih sgt2 buat zila kerana berusaha dengan pembentangan pada hari 2....Skrg tgh buat persiapan untuk pembentangan final...hrp semuanya brjln dgn lancar....amin.....

Isnin, 18 April 2011

Presentiation


Hari ini aku n zila tengah membuat slide dan video untuk presentiation malam esok bagi program nedpro.......erm..apa mau diletak dalam sliede yer...hemmmm....rs takut ja nk present esok...fully english presentiation...hrp2 semuanya brjln lncr esok...amin....do the best to be the best....

KESUMA UUM




Jumaat, 15 April 2011

Keindahan seminar usahawan sosial....

Pagi2 lagi semua ajk seminar brkumpul di DKG 4/1 untuk membuat persiapan seminar.Di awal pagi itu, aku dan kawan2 sgt sibuk,namun aku rs sgt gembira pd hr ni kerana sesuatu yg aku hrpkan tercapai..Ya Allah engkau maha penolong lagi maha mengasihi hambamu.....Hari yg penuh bersejarah bersama Raj Ridvan Singh untuk seminar usahawan sosial......semenjak mengadakan program seminar ni byk bnda yg telah sy pelajari...semua 2 amat bermakna bagi saya supaya menjdi lbh kreatif dalam daya pemikiran....Yang paling saya gembira hari ini adalah dapat bersama kawan tersayang sy dengan penuh gembira....Seronok sgt hari ni wlpn rs penat....

Ahad, 10 April 2011

10 April 2011(ahad)

Hari yang penuh dugaan aku tempuhi.....selepas kelas bahasa spanish ulu hatiku sakit hingga menyebabkan meeting untuk seminar yang akan berlansung 15 april 2011 terganggu....aku terpaksa balik bilik...semasa perjalanan balik hanya tuhan sahaja tahu betapa deritanya langkah untuk meneruskan perjalanan untuk sampai ke dalam bus.Sampai sahaja di bilik aku hanya mampu terbujur di atas katil dan menahan kesakitan....pada masa itu aku hanya fikir Allah dan mak bapakku....selama 4 jam aku menahan kesakitan.....Ya Allah sangat sakit rasanya....ini ujian sedikit dari Allah...kita harus dan sentiasa ingat akan kesakitan pesakit2 yang ada di hospital mahupun di rumah....betapa deritanya mereka menahan kesakitan.....Ya Allah kasihanilah hambamu yang lemah.......bantulah mereka Ya Allah....amin....