Ahad, 6 November 2011




Bila waktu telah berakhir segala yang terjadi mungkin menjadi hilang tanpa ada perasaan...saat tika aku berjumpa dengan adik kandung menjadikan aku sangat gembira kerana aku masih bergelar kakak lagi.Teringat kisah di hari pemergian adik kedua bongsu aku.Tika itu adik bersama aku di waktu tengah hari namun adik telah pergi buat selama-lamanya pada petang itu.sewaktu melihat sebujur badan yang kaku di lantai pada keesokan paginya memberi tamparan yang kuat pada diriku.Aku sudah tiada adik lagi...Kenapa adik pergi????...belum puas aku bersama adik tapi adik dah meninggalkan aku buat selama-lamanya....4 november 2011 8.30 malam di kampung ewa,Langkawi aku telah bertemu semula dengan adik bongsuku.Tidak aku sangka pertemuan itu ditakdirkan untuk aku.Mungkin itulah rahmat ketika saat aku berpisah dengan adik kedua bongsu dahulu dan kini bertemu pula dengan adik bongsu.aku bersyukur dengan kehadiran adik kandungku yang telah lama kami berpisah.Baru kini aku mendapat rahmat dengan pemergian adikku.Terima kasih ya Allah kerana telah mempertemukan aku dengan adik kandungku.Biarpun kami tak dapat bersama namun aku sangat gembira kerana telah bertemu semula dan melihat adik kandungku.Aku harap mak dan apak aku gembira dengan berita tentang pertemuan adik yang sudah lama kami cari.Syukur alhamdulillah.